Etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita menurut
Islam :
1. Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk
menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki
yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 30)
(An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat: ALLAH berfirman dan jangan lah mereka
menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA; Hai
nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh
tubuh mereka.
(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka
tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur:
59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said
al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki
memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita: Kalau ada sebuah
keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir
pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada
mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan: Dari Ibnu
Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang
lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis
Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang
melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika
kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi
ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan
oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah
lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara
merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain
sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis: Dari Maqil bin Yasar
.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih
lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis
Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah;
Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh
wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah
menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan
lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah
menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat
Bukhari)
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang
mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi
dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah .a. dari
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam
bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang,
zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan,
lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang
boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah
kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan
jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Wallahua'lam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan