Menanti kehadiran
Ramadan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu
kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya..
menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadan
itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan
hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa
Ramadan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
Cinta Ramadan itu
terlalu mendalam.. padamu Ramadan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar
untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadan agar ia sentiasa
mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.(Al-Baqarah ayat:183)
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;
dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui” (Al-Baqarah ayat:184)
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah ayat:185)
“Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan
menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun“. (Bukhari-Muslim)
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam
bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.
Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah
Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada
mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan
Allah menyebut mereka pada
para malaikat”
Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan
penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah
lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di
bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.
BERBUAT IBADAH
DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan