ADAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA??
Khamis, 18 Julai 2013
Menu Rasulullah
Rasulullah tidak pernah mengada-ngada nak makan itu ini. Baginda biasanya akan makan apa-apa sahaja yang sudah tersedia. Bukan itu sahaja, bahan-bahannya pula mudah didapati dan penyediaanya tidak rumit.
Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullahn S.A.W.? Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah S.A.W..
Apakah menu yang pernah disantap oleh Rasulullahn S.A.W.? Disenaraikan di sini sebahagian menu yang pernah dimakan oleh Rasulullah S.A.W..
- Kurma dan air kosong.
- Tharid iaitu roti dicampur daging dan berkuah.
- Roti yang dimakan dengan cuka.
- Roti dengan minyak zaitun.
- Roti dengan keju.
- Bubur yang dibuat daripada susu dan gandum.
- Roti dengan kurma.
- Kurma dengan mentega.
- 7 biji kurma yang direndam di dlam susu (biasanya dimakan pada waktu pagi).
- Kurma dan tembikai.
- Timun dan kurma.
Lihatlah betapa sederhana dan sihatnya hidangan Baginda. Namun dengan kuantiti yang sedikit pada pandangan kita itulah, Baginda mampu mengubah hati manusia kembali bertuhankan Allah, malah Baginda mampu menjana tenaga yang diperoleh melalui makanan itu untuk tujuan ketaatan. Kita pulak bagaimana??
_pesanan untuk diri sendiri serta sahabat-sahabat handai diluar sana_( ^__^)
Monolog Cinta
Dia merenung dalam
bait tinta yang ditangkap lensa miliknya. Sepasang mata yang bening itu
bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu.
“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi
hanyalah alat…” – Ustaz A.Ubadillah Alias
Dahinya dikerutkan.
Keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu yang mengusik
perasaan.
“Cinta bukan tujuan.
Tapi jalan. Cinta bukan matlamat. Tapi alat..” Bait tinta itu bergema dalam
sanubarinya.
“Apa ertinya?” Dia
bermonolog.
Lama dia merenung.
Sesekali, dia menghantar pandangan ke luar jendela. Dia menatap ke arah langit.
Cerah. Subhanallah, indah ciptaan-Mu – Burung-burung berkicauan, tanda
bertasbih kepada-Nya. Sang unggas bernyanyi riang, tanda memuji kepada-Nya.
Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud pada keEsaan-Nya. Dalam asyik
dia merenung keindahan ciptaan Tuhan, ada sesuatu yang mengusik kalbunya.
Cinta. Ya. Dia tahu dia masih muda remaja. Dia tahu masih banyak tanggungjawab
yang harus digalasnya. Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya. Dia
tahu, umi dan abinya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dia tahu perjalanan
hidupnya baru bermula. Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia.
Dia tahu dan dia mengerti segala-galanya. Namun, entah mengapa setiap kali dia
cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada, tiap kali juga dia kalah melawan
perasaannya.
Ya Allah, begitu kuat
rasa itu hadir ke dalam kalbunya.
Apa yang perlu dia
lakukan? Langkah apa yang perlu dia aturkan? Strategi apa yang perlu dia
rencanakan?
Segala-galanya
kelihatan suram. Segala-galanya kelihatan tidak berjalan. Hatinya kembali
rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan? Mengapa perasaannya seringkali
kecundang? Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang dia fikirkan?
Hati dan akalnya tidak sehaluan.
Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta yang melekakan. Dia hanya mahu lemas
dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat dia mencuba, makin kuat pula dia
diduga.
Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta
yang bertamu dalam hatinya. Dia tahu, dia harus mengusir rasa cinta pada
manusia. Mengusir cinta bukan bererti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga
jarak antara dirinya dan dia. Hatinya cuma ada satu. Dia tahu, sakit rasanya
apabila terluka. Pedih rasanya apabila kecewa. Pasti, dia akan berduka. Lalu,
amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke
mana.
Dia harus memilih. Ya.
Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti? Mahu terus
berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi? Dia sedar. Cinta manusia itu adalah
sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah berpaksikan pada DIA Sang Ilahi.
Dia juga sedar,
kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika iman tidak terus diasah, maka dia
akan tersungkur rebah. Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus
bergelumang dengan dosa. Jika ilmu-Nya tidak terus diteroka, maka dia akan terus
terleka dalam arus dunia. Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh. Banyak lagi
yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi
ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh.
Dia nekad. Segala rasa
cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera diusir. Bimbang pula hatinya
akan terus terusik. Kini dia memegang pada satu prinsip!
“Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu
diasah. Maksiat itu perlu dicegah!”
Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah.
Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…
~Rindu Cinta Ramadan~
Menanti kehadiran
Ramadan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan. Ia datang bertamu
kembali pada mereka yang merinduinya.. menanti untuk menyayanginya..
menanti untuk berkasih dengannya.. menanti untuk bermadu mesra dengannya..
Kerna Cinta Ramadan
itu, tidak pernah luntur dan padam.. setianya kepada sekalian ummat, membuatkan
hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. biar berkali jiwa
Ramadan di sakiti dan dicalari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..
Cinta Ramadan itu
terlalu mendalam.. padamu Ramadan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar
untuk di ungkapkan.. Sampaikan salamku pada Ramadan agar ia sentiasa
mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”.(Al-Baqarah ayat:183)
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa
di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian
wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain;
dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang
dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu,
maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu
lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui” (Al-Baqarah ayat:184)
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa
bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka,
Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada
hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki
kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah ayat:185)
“Setiap hamba yang berpuasa dijalan Allah, Allah akan
menjauhkannya dari api neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun“. (Bukhari-Muslim)
Ramadhan kembali menjelma lagi,
Terubat rindu di hati ini,
Rinduku pada solat Sunat Terawih,
Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Terawih) dalam
bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu”.
Rinduku pada taddarus Al-Quran,
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah
Allah, mereka membaca
dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada
mereka ketenangan
(sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan
Allah menyebut mereka pada
para malaikat”
Rinduku pada malam Lailatul-Qadar,
“Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan
penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah
lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Rinduku pada segala-galanya di
bulan ini..
Masih sempatkahku untuk menyempurnakan rindu itu,
Penuhilah hari-harinya dengan beribadat,
Kejarlah syurga dan jauhilah neraka,
Moga bahagia sepanjang hayat.
BERBUAT IBADAH
DENGAN PENUH PENGHAYATAN,
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
AMALAN DIPERTINGKATKAN PAHALA DI GANDAKAN,
SINAR HIDAYAH SEPANJANG ZAMAN,
NERAKA DIJAUHI, SYURGA DIKEJARKAN.
Langgan:
Catatan (Atom)



